Thursday 10 January 2013

Golongan miskin hubungi PSKP dapatkan bantuan





MARAN 1 Jan. - Golongan miskin dan individu yang tidak mendapat bantuan dari mana-mana agensi kerajaan diminta menghubungi Persatuan Sukarelawan Kebajikan Pahang (PSKP) bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya.
Pengerusinya, Johari George Abdullah berkata, terdapat golongan seperti ibu tunggal, pelajar, orang kurang upaya (OKU), anak yatim atau warga emas tidak menerima bantuan kerana bukan mereka dipinggirkan tetapi terlepas pandang daripada agensi kerajaan berkaitan.

Menurutnya, pertubuhan itu sedia membantu golongan tersebut iaitu mendaftarkan mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana agensi kerajaan berkaitan.

''Saya berharap jiran dan pemimpin setempat yang mempunyai penduduk miskin dan tidak mendapat bantuan supaya menghubungi persatuan ini untuk mencatat butiran sebelum dibawa agensi berwajib untuk tindakan lanjut.
''PSKP tidak mempunyai dana secukupnya untuk membantu golongan terbabit tetapi apa yang boleh buat ialah membawa nama mereka kepada pihak berkuasa supaya mendapat bantuan dan pembelaan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan peribadi berupa beg sekolah kepada 56 murid tahun satu dan prasekolah Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Nerek di sini kelmarin.

Menurutnya, walaupun sumbangan itu tidak seberapa tetapi dapat meringankan beban ibu bapa yang tidak berkemampuan serta mempunyai ramai anak yang bersekolah.

Tambahnya, bantuan persekolah RM100 yang akan diagihkan kerajaan kepada mereka tidak lama lagi dapat digunakan untuk keperluaan lain seperti membeli pakaian untuk aktiviti kokurikulum dan persatuan beruniform.
''Sebenarnya terdapat ramai individu atau korporat yang ingin membantu golongan terbabit tetapi mereka tidak mengetahui saluran untuk menyampaikan sumbangan tersebut," katanya.


Hubungi kami (PSKP) di fanpage facebook kami di SINI

0 comments:

Post a Comment